Pedang yang
diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu
menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah
perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan
pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini
telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur
milik Raja Arthur.Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan
teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan
ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini
amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari
ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang
berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun
ke-12 ini.
Apa itu CNT?
CNT merupakan
suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara
heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2
nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga
berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah
sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.
Pencirian yang
dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai
kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat
kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon
nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta
mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.
Teknologi NANO.
Kehebatan
Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler
dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut
bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika
itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam
ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan
besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini
mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon,
unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi
menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.
Teknik
pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga
tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun
ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal
hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai
Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi
Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.
Wallahua'lam.
Sumber
Jumat, 21 Maret 2014
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar