Kamis, 16 Januari 2014

Filled Under:

Kerajaan Manila

Kerajaan Manila
Kota Seludong
Maynila
كوتا سلودوڠ

1500–1571

Ibukota Tidak disebutkan
Bahasa Melayu kuno, Tagalog
Agama Islam
Pemerintahan Tidak disebutkan
Sejarah
 -  didirikan oleh Kerajaan Brunei dibawah Sultan Bolkiah 1500
 -  Ditaklukkan Spanyol 1571

Kerajaan Manila (juga disebut Kota Seludong) adalah gabungan kerajaan-kerajaan Islam yang pernah memerintah kawasan Manila, Philipina. Pada pertengahan abad ke 16, terdapat tiga raja yang memerintah kawasan ini. Mereka adalah Raja Sulaeman, Raja Matanda dan Raja Lakandula. Manila saat itu adalah negeri Islam paling utara di Nusantara dan menjalinkan hubungan dekat dengan Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu dan Kesultanan Ternate. Islam datang di Manila pada tahun 1565 mengikuti pedagang-pedagang Melayu dari Indonesia.[1]

Raja Sulayman

Raja Sulayman atau Rajah Sulayman (سليمان) adalah raja muslim yang memerintah kawasan Tondo dan Manila. Turut sama memerintah orang Tagalog ialah Raja Lakandula dan Raja Matanda. Suku Tagalog ketika itu bertumpu di kawasan selatan Sungai Pasig di Manila
Raja Sulayman pada mulanya menyambut baik kedatangan orang Sepanyol yang dikepalai Martín de Goiti dan Juan de Salcedo. Beliau malah menjalinkan persahabatan dengan mereka dan menawarkan rempah ratus dan dayang-dayang sebagai hadiah. Tetapi setelah beberapa minggu berlalu, beliau mulai sadar bahawa Spanyol mula mengambil kesempatan dan mencoba untuk merebut Manila karena kekayaan hasil buminya. Raja Sulayman kemudiannya melancarkan serangan terhadap pendudukan Spanyol di Manila.

Raja Lankandula

Raja Lankandula atau Rajah Lakandula (juga dieja Lakan Dula, "Lakan" bermaksud pemerintah dalam Bahasa Kapampangan) adalah pemerintah tempatan Tondok di Manila ketika Sepanyol mula menapak di sana. Beliau memerintah beberapa masyarakat Islam di utara Sungai Pasig.

Kejatuhan Manila

Pada 24 Mei 1570, Raja Sulayman, Raja Lakandula dan Raja Matanda mengapalai sebuah serangan ke atas pasukan Sepanyol didalam Perang Bangkusay. Karena keunggulan teknologi senjata Spanyol dan juga bantuan suku-suku Filipina yang telah dikristenkan menyebabkan ketiga raja ini kalah dalam peperangan dan ditangkap oleh tentara Spanyol. Tentera Sepanyol kemudiannya membakar kota Manila.
Tentara Islam yang berhasil melarikan diri kemudian menyusun pasukan mereka dan melancarkan pemberontakkan ke penjajahan Spanyol. Pada 24 Juni 1561, seorang Jendral Spanyol Miguel López de Legazpi, tiba dengan bantuan militer Spanyol menyebabkan pemberontak ini terpaksa menyerah kalah. Mereka kemudiannya dikristenisasi dan dijadikan rezim boneka kerajaan Spanyol.

Catatan kaki

^ Agoncillo, Teodoro C. (1990) [1960]. History of the Filipino People (ed. 8th edition). Quezon City: Garotech Publishing. hlm. p. 22. ISBN 971-8711-06-6.



Sumber

0 komentar:

Posting Komentar

Copyright @ 2013 PEJUANG ISLAM.